Monday, June 13
Riba..larangan..Implikasinya
Bismillahir Rahmanir Rahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Surah Al Baqarah Ayat: [275] Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. [276] Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa. [278] Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. [279] Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. Sodhaqa Allahul 'Azim Benarlah Firman Allah Yang Maha Agung Rasulullah S.A.W. mengingatkan dalam satu hadis yang cukup mendalam maksudnya : Maksudnya; "Riba mempunyai 72 pintu. Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki BERZINA dengan ibunya." (al-Tabrani, 7/158, al-Hakim)
TINGGALKAN KOMEN ANDA DI SINI
Wednesday, June 8
Kemuliaan Diri Jangan Dipersendakan
Kemuliaan manusia disisi Allah berbanding makhluk lain ciptaan Allah
memberi maksud yang kita semua adalah hebat.Dalam diri kita punyai
potensi yang berkemungkinan membolehkan kita mencapai puncak kejayaan
dan kegemilangan.Tidak ada sebab untuk kita memperlekehkan diri sendiri,
tidak ada sebab untuk kita mengatakan kita ditakdirkan GAGAL.
Mungkin adakalanya terdapat orang lain yang memperlekehkan kita,
tetapi ia tidak seteruk apabila kita sendiri yang memperlekehkan diri kita.Kita
mungkin tidak dapat mengawal sepenuhnya tutur kata dan fikiran orang lain,
tetapi kita pasti mampu mengawal tutur kata dan fikiran kita sendiri.

Lumrah Kehidupan
Manusia??
Sehebat mana seorang manusia sekalipun,
manusia tidak akan melampaui had yang ditetapkan oleh Allah..
sekuat mana seorang manusia,
apabila lapar manusia tepaksa makan dan minum.
setinggi mana kelaparan dan dahaga manusia,
apabila kenyang mereka terpaksa berhenti.
segagah mana seorang manusia,
akan ada waktu penat dan lelah.
sehebat mana seorang manusia itu sekalipun,
pasti akan menemui mati juga..
tidak kira apa yang kita lakukan dalm dunia ini,pastinya kita mempunyai
had dan sempadan.Kuasa dan pengaruh bukanlah tiket kepada kebebasan
hingga kita melakukan apa sahaja.

Penekanan Kepada Solat..
Tiada ibadah yang lain Allah S.W.T tekankan
melainkan solat..Tiada alasan/pengecualian untuk tidak
menunaikan solat bagi yang sihat dan berkemampuan..
Walhal ketika dalam MEDAN PEPERANGAN sekalipun!!!
Allah S.W.T meletakkan sesuatu hukum/undang2 itu tidak akan
berubah hingga ke hari KIAMAT..
TINGGALKAN KOMEN ANDA DI SINI
melainkan solat..Tiada alasan/pengecualian untuk tidak
menunaikan solat bagi yang sihat dan berkemampuan..
Walhal ketika dalam MEDAN PEPERANGAN sekalipun!!!
Allah S.W.T meletakkan sesuatu hukum/undang2 itu tidak akan
berubah hingga ke hari KIAMAT..
Subscribe to:
Comments (Atom)